Sunday, May 8, 2011

Dan Sebenarnya - bab 1 -

Dan ikan – ikan kap di dalam kolam itu terus berenang menuju ke makanan yang ditaburkan. Matanya dari tadi memerhatikan gelagat ikan – ikan kap tersebut. Farish mengeluh. Alangkah bagusnya kalau dia seperti ikan tersebut. Hidup bebas. Tanpa banyak masalah. Dia buntu. Keputusan mama dan papa itu terlalu cepat dan pantas. Mama dan papa dah fikir masak – masak ke? Usianya terlalu muda lagi. Kahwin? Masih belum dirancang. Farish masih mahu menikmati zaman remajanya.

Angin bayu malam terus bertiup menghempas tubuhnya yang tak berbaju itu membuatkan dia berpeluk tubuh menggosok – gosok lengannya. Farish hanya memakai boxer paras lutut. Kadangkala dia sendiri menggigil kesejukan. Namun Farish masih belum berganjak. Matanya masih belum mengantuk. Topi yang dipakainya dibetulkan. Dia terlalu bingung. Sejenak wajah Arina berimaginasi di mindanya. Kalaulah gadis cantik itu tahu akan perkara ini, perang dunia dibuatnya.

“PLOP”

Seketul batu dicampaknya ke dalam kolam. Ikan – ikan kap yang berenang lari bertempiaran menyembunyikan diri. Farish tersenyum - namun untuk seketika. Dia kembali mengeluh. Rambutnya diusir – usir lembut.

“Arghh… kenapa la jadi macam ni.”

Memang mustahil. Umurnya baru mencecah 20 tahun, itupun pada bulan 4 nanti. Impiannya pun belum tercapai. Tiba – tiba dia diperlukan untuk menjadi pasangan hidup seseorang. Seseorang yang langsung dia tak kenali. Gila! Ini semua kerja gila!
“Siapalah perempuan tu? Kenapa aku mesti kawin dengan dia? Aaarghhh!!!” getus Farish sendirian. Masih terlalu awal untuk berkahwin. Walaupun dia dan Arina sudah lama berhubungan, soal kahwin bagi mereka lambat lagi. Mereka mahu enjoy dulu.

“PLOP”

Sekali lagi batu dilemparkannya. Farish melihat jam di tangannya. Baru masuk pukul satu setengah. Dia mengeliat, keluar juga bunyi sendi – sendi tulang belakangnya. Angin bayu terus bertiup. Kali ini seperti kencang, mungkin mahu hujan. Farish memeluk tubuhnya yang dirasakan semakin dingin. Tangannya terus mencapai telefon bimbit Sony Ericsson W902i yang baru dibelinya. Dia memasang mp3. Bosan juga lepak seorang diri tanpa teman.

“Rish, buat apa sorang – sorang kat sini ni? Tak tido lagi ke?” tiba – tiba ada suara menyapanya dari belakang. Farish kaget sebentar. Dia berpusing ke belakang. Rupanya Pak Mahat, pengawal keselamatan dan merangkap pekebun di rumahnya. “Hmmm… Pak Mahat ni. Terkejut Rish. Tak mengantuk lagi…” balas Farish pendek sambil mengerutkan kening. Pak Mahat seakan mengerti ada sesuatu masalah berlaku pada Farish. Dia mengenali Farish bukannya setahun dua, tapi sudah 20 tahun iaitu sejak Farish lahir lagi. Farish mempunyai seorang adik lelaki yang masih kecil, berumur 13 tahun. ibu bapanya sering tiada di rumah, ke luar negara atas urusan perniagaan. Oleh sebab itu Farish lebih rapat dengan Pak Mahat dan Bu Kartini, pembantu rumah dari Bandung, Indonesia selain daripada adiknya.

“Kenapa ni? Cube beritahu Pak Mahat.” Pak Mahat memulakan bicara sambil menggosok – gosok belakang Farish. Farish hanya merenung jauh. Pandangannya seakan sukar untuk dimengertikan. Kemudian dia tunduk kebawah. “Rish…” tegur Pak Mahat.

“Kenapa eh Pak Mahat? Kenapa kite perlu ikut perintah orang yang lebih tua?” Tanya Farish. Dia memandang Pak Mahat sambil mengangkat kening. “Eh, Farish ni. Bukan ke wajib kite ikut cakap mak dan ayah? Kan berdosa kalau kite derhaka.” Balas Pak Mahat. “Tapi, Pak Mahat. Kalau perintah tu tak betul, hah, dan tak kene ngan kite, perlu jugak ke kite ikut?” “Kene la tengok atas perintah tu. Kenapa ni? Mama dan Papa suruh Rish buat ape ni?”

Farish kembali merenung jauh. “Farish baru masuk umur 20 tahun, Pak Mahat. Muda lagi. Pak Mahat pun tau, kan?” suasana sepi seketika. Dilemparkan sebiji batu sekuat hatinya.  “Sampai hati Mama dan Papa buat decision nak kawinkan Farish. Dengan orang yang Farish tak kenal pulak tu.” Beritahu Farish seakan tidak puas hati. Telefon bimbitnya diletakkan di atas bangku dan lagu mp3 tadi dimatikan.

“Bila Mama dan Papa cakap cam tu?”soal Pak Mahat terkejut. “Malam tadi. Pak Mahat, Farish taknak kawin lagi la. Farish muda lagi. Kerja pun tak lagi. Farish nak sambung belajar dulu. Farish tau la keluarga Farish kaya, kalau Farish kawin dengan dia dan tak kerja lagi pun, duit melambak – lambak kat bank. Boleh sangat biaya sampai Farish habis belajar dan dapat kerja sendiri. Tapi bukan soal tu, Pak Mahat. The point is Farish tak kenal pun orang tu, entah dari mana asal usul, sape mak bapaknye. Macam mana Mama dan Papa carikan pun tak tahu. Dah la takde sebarang perbincangan dulu.” Farish menjawab panjang lebar. Hatinya sebak mahu menangis tapi ditahannya. Sejak dia melangkah alam remaja belum pernah lagi dia menangis depan Pak Mahat.

“Pak Mahat sendiri pun tau, kan yang Farish ade cinta Farish sendiri, Arina. Farish dah kenal mak dan ayahnya, dan dorang pun dah kenal sangat Farish. Okay, kitorang dah rancang nak stay bersama dengan die lepas habis study nanti and her parents know about this. Macam mana Farish nak jelaskan semua kat dia lepas ni. Macam mana… damn it!”Farish mengetap bibir sambil menggenggam penumbuknya. Reaksi wajahnya jelas kelihatan bercampur baur – antara sedih dan sakit hati. Pak Mahat hanya menggeleng kepala.

“Farish, jangan sebut benda tu. Berdosa. Ok, Pak Mahat faham. Mungkin Mama dan Papa ade sebab kenapa dorang buat macam tu. Mungkin ade hikmah.” Pak Mahat cuba memujuk. Tangannya memeluk dan mengusap - ngusap bahu kekar Farish.

“Cuba Pak Mahat bagitau ape hikmahnya? Ape benefit yang Farish dapat?” nada memprotesnya semakin tinggi. Rambutnya diusir. Angin bayu semakin kuat bertiup tapi dia tak peduli akan kesejukan yang dirasai tubuhnya. “Kartini, bawak air segelas untuk Farish ni.” Laung Pak Mahat dengan suara yang agak perlahan. Dia tak mahu sehingga mengejutkan ibu bapa Farish yang sedang tidur. Farish tunduk. “Takpe la Pak Mahat, Farish tak dahaga.” “Farish minum dulu. Pak Mahat nak Farish tawakal dan bersabar. Lepas ni, Farish buat solat istikharah, mintak petunjuk pada Allah, supaya Allah tunjukkan yang mana betul, yang mana salah.”

Seketika kemudian, Bu Kartini muncul sambil menatang dulang yang berisi dua gelas air Milo panas dan beberapa keping biskut cream cracker. “Minum dulu, nak. Bang Mahat juga minum ya” kata Bu Kartini sambil meletakkan gelas dan biskut ke atas meja lalu duduk. Pak Mahat mencapai segelas lalu dihulurkan kepada Farish. Diteguknya sedikit. “Makan biskut ni sekali. Pak Mahat tau tadi Farish tak makan malam sekali dengan Mama dan Papa kan?” Farish mengangguk perlahan. Untuk seketika dia merasakan hatinya sedikit lapang, sekurang – kurangnya ada seseorang yang mendengar luahan masalahnya.

“Kenapa?” bisik Bu Kartini perlahan. “Hmmm… Dato dan Datin…” belum sempat Pak Mahat menyambung, Bu Kartini berkata “Hmmm… saya udah tau. Lagian saya juga ada di ruang makan tadi. Kasihan pada Farish.”
…………………………………………………………………………………………..
“And I don’t want the world to see me. Coz I don’t think that they’d understand. When everything’s made to be broken, I just want you to know who I am…”
Deringan jam loceng lagu Iris memecah hening subuh. Farish mengeliat di atas katilnya. Dia menarik selimut menutup tubuhnya. Sekali lagi… “And I don’t want the world to see me. Coz I don’t think that they’d understand. When everything’s made to be broken, I just want you to…” butang turn off the alarm ditekannya. Farish bangkit melihat jam. Sudah pukul 6.00 pagi. Tiba – tiba dia terperasan ada mesej pada telefon bimbitnya.

“Sape pulak hantar mesej pagi – pagi buta ni?” ngomelnya sendirian. Rupanya mesej dari cinta hatinya, Arina.

“Good mownink, abang. Hope you will have a nice day today. Jangan liat semayang subuh tow. Pagi nie ayang bgn awal sgt. Ayang da semayang subuh, lepas nie nk ik0t mama ayang pegi keje. K, take care, dear.”
Message received from: ¤My_Dear¤ 012- xxx xxxx on 12th August 2009, 05.45 a.m. reply?

Farish tersenyum sendirian. Lalu dengan perlahan ditekannya butang telefon bimbit.
good morning, my dear. Abg br bgn nie. Br nk solat subuh. Lps nie nk pegi jog dgn Haiqel n Aman. Ehm, k take care 2. Kirim salam kat mama ayang eh”

Butang send ditekan lalu diletakkan telefon bimbit ke atas meja lampu tidur. Farish bangun dan mengeliat. Sedap betul badannya berbunyi. Kemudian dia menghidupkan lampu meja. Ditatapnya wajah pada cermin. Agak lama.

“Abang ni hensem la.” Puji Arina sambil mengusir rambut lembut Farish. Farish tersenyum. “Tak ubah macam pelakon Hong Kong.” Sambungnya lagi. “Ye ke? Ayang terpikat kat abang sebab abang hensem ke?” Arina menggelengkan kepala. “Abang lain dari yang lain. Betul.”  
“So, abang nak tau jugak la kan ape benda lain dari yang lain tu?” jus belimbing dihadapannya disedut. Sambil tangannya menguis – nguis nasi goreng USA dengan sudu ditangannya. Arina menguntum senyum. Cantik matanya, bundar. Bibirnya mungil dan kemerahan. Tak pernah Farish merasakan ada insan yang terlalu sayangkannya hingga ke peringkat ini. Arina merupakan cinta pertamanya, dan cinta terakhir. Tapi…

Pintu bilik dikuak. Farish tersedar dari lamunannya. Dia menoleh ke belakang. “Abang…” sapa adiknya, Irfan sambil menggosok – gosok matanya. Tangan kanannya memegang anak patung kepala Garfield. Kemudian dia menguap. “Hmm… awal adik abang bangun pagi ni?” balasnya sambil bangun. “Hari ni ade kelas ke?” soalnya. Farish menuju ke adiknya lalu mendokong. Diusap – usap rambut adiknya yang kusut. “Ade. Fan nak pegi mandi la ni.” balas adiknya. Dia merenung wajah adiknya agak lama. Muhammad Hairul Irfan, baru berumur 13 tahun. Satu – satunya adik lelaki kesayangannya selepas Mama mengalami keguguran 5 tahun lalu. Kalau tidak, dia akan mendapat seorang lagi adik perempuan.

“Adik pegi mandi dulu ye? Ari ni biar abang antar pegi kelas. Kejap lagi Bu Kartini siapkan breakfast, kite makan sesame eh?” Lalu diletakkan Irfan ke atas lantai. Farish mengucup dahi dan mengusap rambut adiknya.

.................................................................................
“Rish, Qel, berenti la kejap. Aku dah penat la.”

“Alah kau ni. C’mon la lagi 2 kilometer lagi” Balas Haiqel. Farish mendiamkan diri seribu bahasa hanya berhenti lalu diteguknya air mineral. “Korang takpe la, aku ni beginner, korang expert.” Balas Aman. Nafasnya tercungap – cungap. Maklumlah orang tak biasa bersukan. “Ye la… ye la… duduk dulu la.” Haiqel memerhatikan Farish yang diam dari tadi. Reaksi wajah Farish masih seperti malam semalam. Dia masih memikirkan hal tersebut. Sesekali dia mengerutkan dahi sambil mengeluh panjang. Rambutnya diusir – usir.

“Rish, kau ni kenapa? Aku tengok dari tadi asyik mengeluh panjang je. Macam kucing hilang anak pulak.” Tiada respon. Haiqel mencuba sekali lagi. “Rish, wei! Aku bercakap ngan kau la.” Masih tiada respon. Haiqel naik geram. Tiba – tiba Aman bangkit lalu menepuk bahu Farish. “Wei, Rish! Kau berangan berlakon citer ape skang? Ko dah jadi actor mane skarang ni? Shahid Kapoor? Lee Dongwook?”

Seraya itu Farish tersedar dari lamunannya. “Korang panggil aku ke?” katanya sambil menggaru – garu kepala. Haiqel pula ketawa terbahak – bahak melihat tindakan Aman. “Tak, takde la. Kitorang bercakap ngan kucing depan tu… meowww… meowww… sini meh! Ye la, kitorang bercakap ngan kau la.” Marah Aman sambil melontar batu ke arah kucing yang melalui tebing lurah di tepi jalan. Farish masih lagi terpinga – pinga sambil menggaru – garu kepalanya yang tak gatal. Haiqel bangkit lalu melakukan push - up di atas jalan. “Kau ni, kenapa Rish? Cuba la bagitau kitorang.” Haiqel memulakan bicara sambil push-up.

“Hmmm… aku nak tanye ape pendapat korang pasal kawin. Ape pendapat korang?” Tanya Farish sambil bangun. Dia benar – benar mahu tahu. Mendengar pertanyaan Farish, Haiqel terus menghentikan senamannya lalu meletakkan tapak tangannya ke atas dahi Farish. Takut – takut Farish demam. “Kau demam, eh? Tetiba je tanye pasal kahwin.”

Bro, aku tak demam la. Seriously, aku nak tanya korang. Bagitau la.” Mukanya bersungguh – sungguh. “Aman!” Farish memeluk bahu Aman. Sejenak Aman merenung jauh. Haiqel pula bangun. Dia menunggu Aman memulakan pendapatnya kerana dalam kuliah, Aman terkenal dengan kepandaiannya berfalsafah dalam pelbagai isu.

“Oke la, bagi aku, kawin ni merupakan penyatuan dua hati yang dah sama  - sama suka, yang dah rela hati nak idup bersama. Atas persetujuan dua pihak. Ade jugak kawin atas dasar bukan cinta. Yang tu, maybe mak bapak dorang pecaye yang cinta boleh wujud lepas kawin and maybe dorang takde aweks atau pakwe.”

“Aku stuju!!!” tiba – tiba Haiqel menjerit. Farish masih lagi termangu – mangu. Sesekali dia mengangguk – ngangguk cuba memahami pendapat Aman. Katanya kahwin merupakan penyatuan dua hati yang dah sama – sama suka. Lantas dia terbayang akan dirinya dan Arina. Kahwin tanpa cinta? Huh, ini yang sedang dan akan berlaku pada dirinya sekarang. “Ermm… ape pendapat ko tentang kawin atas dasar bukan cinta ni? Kalau kau setuju tak?” soalnya lagi. Haiqel yang merasakan dirinya terasing sebentar kembali duduk di atas benteng lurah tepi jalan sambil memeluk tubuh. Diperhatikan gelagat dua kawannya.

“Kawin tanpa cinta? Apa salahnya? Contoh la, aku yang tak hensem ni, takde awek; tak macam korang. Kalau mak bapak aku nak jodohkan aku dengan perempuan lain pun aku tak kisah. Tapi yang penting biar le ikut ciri – ciri yang aku nak. Dan aku pun pecaye gak cinta lepas kawin ni. Ye la dah kawin mesti la duduk sekali kan? Time tu la kite ade peluang mengenali pasangan baru kita dengan lebih dekat, kite sebagai kaum Adam yang gagah ni akan rasa lagi bertanggungjawab melindungi kaum hawa yang lemah. Time tu la kaum hawa akan bertambah pecaye kat kite yang kite sanggup memimpin die. Tapi tu la, kite kene la menghargai ape yang kite dah dapat.”

Farish terkedu mendengar kata – kata Aman. Begitu juga Haiqel - melopong. Memang betul katanya. Tapi dia masih kurang bersetuju tentang cinta yang wujud lepas berkahwin. Dia tak percaya dari mana cinta boleh datang. Sejenak dia merasakan yang dirinya sedang belajar tentang kahwin daripada seorang pensyarah yang amat berpengalaman tentang hal – hal cinta. Diusir rambutnya lembut. “Qel! Kau pulak?” Haiqel tersentak. “Err… aku ke? Bagi aku la kan. Tsk… Alaa… lebih kurang la cam Aman. Cuma aku kureng pecaye sikit tentang cinta lepas kawin.” Jawab Haiqel bersahaja.

“Kalau la korang ditakdirkan kene kawin dalam umur korang semuda 20 tahun ni, korang setuju tak?” soal Farish lagi. Dia cuba untuk memancing pendapat rakan – rakannya dengan mengumpan pelbagai persoalan – persoalan yang tersimpan dalam benak fikirannya. Matanya melirik ke arah Aman. Aman kelihatan sedang memikirkan sesuatu.

“Eh, gila ape kawin semuda ni. Nanti nak bagi anak bini makan ape? Aku taknak la. Lagipun aku dah rancang nak kawin lepas aku tamat pengajian peringkat master aku. Time peringkat master tu la aku baru nak luangkan masa cari aweks. Haha!” seloroh Haiqel. “Alah kau ni. Keje la. Kalau tak ape gunanye kolej – kolej kat Malaysia ni wujudkan pengajian jarak jauh? Sambil menyelam minum air la wei. Bagi aku, aku tak kisah. Aku sendiri tak sabar nak tau sape la yang bakal jadi pendamping hidup aku, yang bakal aku sayangi sampai akhir hayat.” Balas Aman sambil tersenyum tak ubah macam kerang busuk. Farish mengangkat keningnya sedikit, kagum dengan pendirian Aman.
“Yang kau ni tanye pasal kawin ni kenapa Rish. Kau ngan Arina dah tak sabar nak kawin ke?” soal Haiqel, bersungguh – sungguh mahu tahu. Farish tersenyum sinis, memandang dua rakannya. Dia belum bersedia lagi untuk meluahkan masalahnya. Biarlah disimpan dahulu. Kalau diberitau sekarang pun apa mereka boleh buat? “Ermmm… takdek pape. Jom la jog lagi. Aman, Qel, jom!”Kata Farish sambil membaling botol mineral besi ke arah Haiqel dan tuala kecil ke arah Aman lalu terus berjoging. Nasib baik Haiqel sempat menyambut, jika tidak bengkak hidungnya. “Wei, bagitau la. Kau neh!”

…………………………………………………………………………………………….
Pagi itu Farish pulang dari berjoging lebih awal. Biasanya dia pulang tengahari kerana singgah di gymnasium untuk bersenam. Niatnya hari ini dibatalkan kerana fikirannya masih serabut. Sampai di pintu pagar rumah, dia melihat Bu Kartini sedang menyiram pokok – pokok bunga di halaman rumahnya.
“Farish, airnya Farish udah tante siapin. Ada di atas meja dapur tu.” Laung Bu Kartini sambil senyum lalu menyambung kerjanya. Farish hanya sekadar senyum sambil mengangguk. Dia menuju ke dapur. “Pak Mahat, ade tak sesape telefon Rish tadi?” soalnya sambil menanggalkan baju T-Shirt yang basah akibat peluh. Dia duduk sebentar di atas bangku tepi kolam ikan – menaburkan sedikit makanan. Pak Mahat yang sedang membersihkan dedaun dan bunga – bunga kering yang gugur di tepi pagar rumah berhenti sebentar lalu mencabut topi di kepalanya. “Ada, Datin telefon tadi. Datin nak bercakap dengan Farish tapi Farish dah keluar awal – awal pegi jogging tadi. Datin pesan suruh Farish telefon semula. Mungkin ade hal penting kot.”
“Hal ape lagi, hal semalam la tu. Ade lagi la tu yang Mama nak tambah.” Katanya sambil memakai topinya lalu masuk ke dalam dapur. Nadanya jelas seperti bosan dengan hal tersebut. Pak Mahat hanya memerhatikannya sambil menggeleng – geleng kepalanya. “Hai, Farish.. Farish… kesian kau.” Kelibat Farish hilang dari pandangannya.
“If I were you… holding the world right in my hand… the first thing I do is thank the stars for all that I have… if I were you…”
Belum sempat dia mencapai gelas di atas meja, telefon bimbitnya berdering. Farish kemudiannya meluru masuk ke dalam biliknya. Baju yang dipegangnya dicampakkan ke dalam bakul kain. Telefon bimbit di atas katil dicapainya.

¤My_Dear¤
012- XXX XXXX
Calling…

2 comments: