Wednesday, May 11, 2011

Dan Sebenarnya - bab 2 -

“Hello, assalamualaikum, ayang.”

“Wa’alaikum salam abang. Abang dah breakfast ke?”

Terdengar suara lunak dari telefonnya. Farish tersenyum kemudian menuju ke pintu gelungsur biliknya lalu membuka pintu gelungsur tersebut. Dia menarik nafas, menghirup udara segar.
“Belum lagi, yang. Abang baru je balik jogging. Pagi tadi abang pegi hantar adik abang pegi kelas tambahan kejap. Macam mana café hari ni? Ramai ke customer?” tanyanya sambil menikmati pemandangan sekeliling. Ibu Arina sebenarnya pengurus kafe bakeri yang beroperasi di bandar.

“Hmmm… like usual. Abang tau tak, ari ni kan ibu bagi Arina peluang buat kek rekaan Arina sendiri. Ibu pun dah rasa kek tu. Guess what?” “Ye ke? Bagi la abang sikit kek tu. Abang nak rasa gak. Hehe… abang agak kan, mesti kek tu tak terjual kot…” “kenapa pulak tak terjual?” “Kureng sedap… hahaha” “ishhh… abang ni. Penat – penat Arina masak tau. Abang boleh kata tak sedap… takpe la. Sekurang – kurangnye kek tu dah tinggal sepotong. Malas nak bagi abang…” “Haha… alaa cayang… abang gurau je. I know whatever you cook; surely, it tastes good. Ayang, petang ni kite jumpa, nak?” “Hmmm? Oke, but where?” “ Kita jumpa dekat the first place we meet before. Abang rindu la.” “Tak boleh la bang. Arina kene ikut ibu pergi Kelang, nak hantar kek.” “Alaa… mmm it’s oke. Take care…”

Telefon dimatikan. Farish tersenyum sendirian. Seketika dia melupakan masalahnya. Hatinya tenang.

Seketika kemudian, dia tergerak untuk menjemput adiknya pulang dari kelas tambahan di sekolah. Farish melihat jam di dinding. Sudah pukul 10.34 pagi. Biasanya adiknya sudah habis kelas pada waktu ini. Lantas dia mengambil sweater tanpa lengan pada ampaian tepi tandasnya lalu menyarungkan pada tubuhnya.


Farish terus khayal sambil bersiul menuju keluar rumah. Dia masih cuba melupakan masalah yang dihadapinya. Kunci keretanya dilambung – lambung dan disambut semula. Tiba – tiba matanya melirik ke arah meja hiasan di tepi telefon rumahnya. Terdapat sampul surat berwarna merah jambu. Farish mula berasa curiga. Hatinya tergerak untuk menyelongkar isi kandungan surat tersebut.

“Keras je kat dalam. Kad kawin ke?” dia bermonolog sendirian sambil membuka isi sampul surat tersebut. Dikeluarkannya sehelai kertas yang berlipat kemas. Didalamnya masih terdapat beberapa dokumen yang tidak diketahui.

“Ke hadapan Mak Ngah dan Pak Ngah,
Pertama sekali saya mengucapkan ribuan maaf jika tindakan saya ni mungkin menyusahkan Pak Ngah dan Mak Ngah. Saya tak berniat nak buat semua ni tapi saya dath tak ada pilihan lain. Saya dah takde sesiapa selain Pak Ngah dan Mak Ngah walaupun saya hanyalah seorang akauntan di syarikat Pak Ngah.

Pak Ngah, Mak Ngah,

Penyakit barah otak saya sebenarnya dah pun sampai ke peringkat kritikal. Sebelum ni bukan sengaja saya tak datang dan menjalankan tugas saya seperti biasa. Tetapi kesakitan yang menghalang. Saya sering rebah di rumah. Saya bersyukur kerana Liyana anak saya ada di sisi membantu saya meredakan kesakitan yang saya alami. Saya merahsiakan penyakit saya kerana tak mahu menyusahkan Pak Ngah dan Mak Ngah, walaupun saya tahu Pak Ngah dan Mak Ngah dah anggap saya sebagai anak kandung sendiri. Sekarang, saya dapat merasakan yang masa saya dah hampir sampai, dokor pernah beritahu yang saya hanya mempunyai masa tiga bulan lagi untuk hidup, itu pun untuk dua bulan yang lalu.
Saya merasakan yang saya dah tak mampu menjaga Liyana. Dia baru berumur 20 tahun. Lepas pemergian saya nanti, dia dah takde sesiapa di dunia ni. Dia akan keseorangan. Saya cuma memohon Pak Ngah dan Mak Ngah untuk sudi memeliharanya hingga dia mampu berdikari. Saya tahu sebelum ni saya banyak mintak tolong dari Pak Ngah dan Mak Ngah, tapi untuk kali terakhir dalam hidup saya, saya merayu. Dan jika apa yang saya katakan selepas ni Pak Ngah dan Mak Ngah rasakan terlalu mengarut, lupakanlah saja. Saya memohon sangat – sangat agar Liyana disatukan dengan anak Pak Ngah dan Mak Ngah, Muhammad Khairul Farish. Liyana pernah luahkan pada saya yang dia terlalu mengagumi anak Pak Ngah dan Mak Ngah atas sebab sifat dan penampilan Farish dan saya pernah memarahinya, untuk menyuruh dia melupakan hasratnya sehingga dia tidak mahu langsung bercakap dengan saya. Kerana saya tahu bahawa darjat kami dan Pak Ngah dan Mak Ngah tidak serupa.
Sebelum saya pergi untuk selamanya, izinkan saya memohon seribu keampunan daripada Pak Ngah dan Mak Ngah. Halalkan makan minum saya selama saya berkhidmat di syarikat Pak Ngah dan Mak Ngah.
                                                                                                          Salam terakhir,
                                                                                                               Hazrina.

Farish terduduk. Untuk sejenak dia merasakan dirinya di awang – awangan. Dadanya terasa terlalu berat. Terlalu sebak. Inikah perempuan yang bakal dikahwininya secara paksaan? Bukan secara suka sama suka, tetapi atas dasar kasihan? Untuk pertama kalinya, air matanya bergenang. Dia begitu mengenali Allahyarhamah Puan Hazrina yang meninggal sebulan yang lepas. Dia juga menyedari bahawa beliau mempunyai seorang anak gadis yang seusia dengannya dan juga pernah bersua muka di pejabat Papanya. Farish mengesat airmatanya. Warkah tersebut dilipatnya berhati – hati lalu dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut dan membuka satu lagi lipatan kertas. Rupanya itu adalah surat beranak Liyana, anak Puan Hazrina.

“Wan Nurul Liyana binti Wan Yusof. Liyana.” Sebutnya perlahan. Sekali lagi dia mengesat air matanya. Nombor telefon Liyana pada surat tadi disalin. Dia berhasrat untuk bersua muka dengan Liyana.

“Farish, nak ke mana? Laju je?” Sapa Pak Mahat. “Ermmm… Rish nak pegi ambik adik kat sekolah kejap.” Balasnya bersahaja sambil tunduk. Dia menyembunyikan tangisannya dengan memakai kaca mata hitam. “Eh, kenapa pulak dengan budak ni? Dingin semacam je dengan aku. Tak pernah pulak keluar pakai spek mata pagi – pagi macam ni.” Ngomel Pak Mahat sendirian. Sebelum ini Farish tidak pernah memakai cermin mata hitam kesayangannya apabila keluar rumah untuk sementara waktu.

“Ngapain Bang Mahat? Kamu saya lihatin asyik ngomong sendirian. Ada apaan sih sama Farish?” tiba – tiba Bu Kartini menegurnya dari belakang. Pak Mahat sedikit terperanjat sehingga dia terlepas penyapu ditangannya. “Kau ni Tini, terkejut aku. Takde apa – apa la. Aku cuma tanya Farish nak ke mana?” balasnya. “Makanya nggak usah ngomong sendirian kayak gitu. Serem juga saya lihat. Kok kamu disampuk sama hantu, syiapa tahu?” “Eh, ke situ pulak dia. Yang kamu ni dah jemur ke kain? Dari tadi aku asyik dengar kamu menyanyi lagu Hetty Koes Endang je.” “Itu kerna saya minat banget sama Mbak Hetty. Suaranya merdu gitu. Ya udah, saya mau jemurin kain dulu.” Kata Bu Kartini lalu berlalu.
…………………………………………………………………………………………
Matanya melilau – lilau mencari kelibat adiknya di pintu pagar sekolah. Hari ini hari Sabtu. Dia teringat zaman persekolahannya, sama seperti adiknya, selalu menghadiri kelas tambahan. Pada zaman dahulu, dia begitu meminati kelas tambahan, tak pernah ada satu pun yang tertinggal. Semua dihadirinya bersama Haiqel dan Aman. Oleh kerana itulah mereka bertiga dianugerahkan pelajar terbaik sekolah berikutan keputusan peperiksaan mereka yang seringkali cemerlang. Dia tersenyum sendirian.

“Farish ke ni?” tiba – tiba ada suara yang menyapanya dari kiri. Dia menanggalkan kaca mata hitam dan topinya. Kemudian digosokkan matanya berkali – kali. Dia seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Kawan baiknya, Hizami yang menegurnya.

“Mie? Kau ke? Ya Allah, dah lama aku tak jumpa kau. Ape kau buat sekarang ni aaa?” tegur Farish. Mereka bersalaman dan berpelukan. Sudah 3 tahun Hizami menghilangkan diri sejak gagal satu matapelajaran dalam peperiksaan SPM dahulu. “Aku sekarang kerja dengan bapak aku, kat restoran cawangan baru. Kau pulak? Wah, dah lain kau sekarang ye? Makin tough body kau aku tengok.”

“Haha… aku baru tamat study aku kat UiTM. Aku tengah tunggu result la ni. Bulan depan baru graduate. Biasa la, kau tau la kan aku. Tak boleh tinggal besi buruk aku kat rumah. Tiap hari angkat je.” Balas Farish diselangi ketawa kecil. “Eh, kau buat apa kat sini?”  “Aku tengah tunggu adik aku. Dia ada kelas tambahan hari ni. Dah pukul sepuluh lebih ni kelas dah habis la kot.” Balasnya sambil matanya melilau – lilau mencari kelibat adiknya.

“Abang!!!”

Farish berpaling ke arah suara tersebut. Bukan adiknya, tetapi adik Hizami. “Hmm… dah abis kelas dah? Macam mana kelas hari ni?” “Ok je.” Hizami mendokong adiknya. Farish hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Dia masih menantikan adiknya. Biasanya adiknya yang lebih awal keluar kelas. Namun hari ini tidak seperti biasa. Kelibat adiknya masih belum muncul. Hatinya mula berasa tidak sedap. “Eh, Rish, aku balik dulu la ye? Aku nak antar adik aku balik.” Tegur Hizami.

“Eh, tunggu la dulu. Aku baru nak ajak kau pegi minum. Alah, kite kan baru je jumpa.” “Ehm, oke je. Mane adik kau?” Tanya Hizami sambil matanya memerhatikan suasana di dalam sekolah yang sudah lengang. Farish makin merasakan ada sesuatu yang tak kena.

“Mie, aku nak masuk dalam jap. Nak cari adik aku.” Kata Farish sambil menyarungkan topi. “Eh, aku ikut sekalilah.” Balas Hizami lalu mengikut Farish dari belakang. “Oke la. Jom.”

Farish menuju ke setiap kelas. Lengang. Tiada sesiapa. Dia ke tandas. Juga sama. Lengang. Hatinya mula risau. Adiknya masih belum mampu berdikari, lagipun dia tahu sifat adiknya yang amat penakut bila bersendirian di tempat lain selain daripada rumahnya. “Adik ade nampak tak Irfan?’ tanya Hizami. “Ermmm. Tak nampak. Adik kat kelas Sains tadi. Yang adik tahu Irfan masuk kelas Sejarah hari ni. Cikgu Soraya yang ajar.” Balas adiknya. Cikgu Soraya, cikgu matapelajaran sejarah yang pernah mengajarnya sebelum ini. Lantas dia mencari cikgu Soraya.
“Assalamualaikum, Cikgu Soraya.” Sapa Farish. Cikgu Soraya mengerutkan keningnya. “Wa’alaikumsalam, macam mana awak tahu nama saya?” tanya Cikgu Soraya. Dia ingat – ingat lupa. “Cikgu, ni saya la Farish. Farish ketua kelas 4 Sains 1, takkan cikgu tak ingat kot?” dia cuba mengingatkan cikgunya. Sepi seketika. Mulut cikgu Soraya terkumat kamit seperti sedang menyebut sesuatu. “Owh, baru saya ingat. Ya Allah, mintak maaf la dah lama tak nampak awak, cikgu pun dah tak ingat rupa awak. Lain awak sekarang ye?” balas cikgu Soraya. “hehe. Takpe. Cikgu mengajar subjek sejarah tingkatan 1 Neon, kan?” tanya Farish. “Ye, saya. Kenapa?”

“Adik saya ade tak dalam kelas tadi? Yang rendah – rendah sikit. Namanya Muhammad Hairul Irfan.” “Ade. Adik awak ke tu? Dia masih dalam kelas tu, macam tahan sakit sikit. Dia dengan kawannya sorang. Saya baru je nak pegi ambil ubat kat dalam bilik guru.” Balas cikgu sambil menunjukkan arah kelas adiknya.

“Ye ke? Kalau macam tu biar saya pegi ambik dia la cikgu. Kalau melarat saya bawak ke klinik. Terima kasih, cikgu.” Jawab Farish tergopoh gapah. Tanpa sempat cikgu Soraya membalas, Farish terus berlari meluru ke kelas adiknya. “Ya Allah, adik aku. Ape dah jadi kat Irfan ni?” ngomelnya sendirian. “Wei, Rish, tunggu aku la!” jerit Hizami yang sedikit ketinggalan di belakang.

Farish terus berlari menaiki tangga menuju ke tingkat 3 dimana adiknya berada. Sayup – sayup dia mendengar suara seperti seseorang menangis. “Irfan, adik abang. Sabar, abang datang ni.” Jerit Farish. Sampai di kelas adiknya, dia melihat adiknya sedang menangis menggosok - gosok perutnya sambil ditemani kawan adiknya yang mengusap – ngusap belakang tubuh adiknya.

“Irfan, adik abang. Kenapa ni? Adik sakit ke?” tanya Farish seraya sampai ke arah adiknya. Dia mengangkat adiknya dan meletakkan di atas meja guru. Dipeluk adiknya sambil mengusap – ngusap rambut. “Abang, sakitt… isk… isk…” adiknya terus menangis kesakitan. “Danny, kenapa ngan adik abang?” soal Farish.

“Tak tau, tadi dalam kelas ok je. Lepas rehat terus je tengok die tunduk je. Tangan die pegang perut. Cikgu tanye kenapa, die cakap takdek pape pun.”

 “Abanggg… isk… isk… isk… sakiittt…” Farish kembali memandang adiknya. Dia membantu menggosok – gosok perut adiknya. “Abang tau… sakit. Lepas ni kite ke klinik oke? Danny, tadi korang pegi rehat tak?” dia terus menenangkan adiknya. “Ade, tadi kitorang makan dekat luar.” Farish mengikut arah telunjuk jari Danny. Kemudian dia menggeleng kepalanya. Memang sah lah adiknya terkena keracunan makanan. Adiknya masih menangis kesakitan.

“Tadi korang makan ape kat kedai tu?”
“Saya makan kuih je. Irfan makan dua bungkus nasik lemak ngan teh o ais kat kedai tu.”

“Hmmm… Irfan dah kene keracunan makanan la ni.” Balasnya ringkas. Sama sepertinya dan Aman dahulu masa di tingkatan 3. Dia pernah makan nasi lemak di kedai tersebut dan mengalami keracunan makanan sebaik sahaja kelas bermula.
“Mie, boleh tolong aku tak? Kau bawak kereta aku, kita pergi klinik. Bukan ape, adik aku perlukan aku sekarang. Kau tau la kan adik aku.” Kata Farish sambil mengangkat adiknya. “Ehm, oke. Tapi tunggu dulu la aku nak kunci motor aku kat dalam sekolah oke.“
Mereka terus berlalu keluar dari sekolah menuju ke klinik.
……………………………………………………………………………………….

“Adik Muhammad Hairul Irfan.”

Kedengaran suara kakitangan farmasi klinik memanggil nama adiknya. Farish mengangkat adiknya lalu menuju ke tingkap farmasi. Dia berharap klinik tersebut memberikan ubat berbentuk pil kerana dia mahu melatih adiknya berani memakan ubat berbentuk pil berbanding ubat berbentuk cecair. Baru sahaja dia ingin memberitahu  ahli farmasi yang bertugas, matanya terfokus ke arah salah seorang ahli farmasi yang sedang memasukkan ubat – ubatan ke dalam plastic. Farish mengerutkan kening. “Macam kenal je?” getus hatinya.

“Ok, adik Hairul. Ni ubat tahan sakit, makan sebijik lepas makan nasik tau. Ni pulak ubat antibiotic dan ni pulak ubat…” suara kakitangan tersebut terhenti. Dia memandang Farish. Suasana sunyi seketika. Tiba – tiba dia tersenyum. Farish juga turut tersenyum.
“Hai, dah kerja kat sini rupanya Rani Mukherjee ni ye?”

“Kau ni Farish. Jumpe jugak aku ye? Ko buat ape skang ni? Lame tak jumpe ko plak. Mane ko pergi aaa?” Tegur Leela. Leela merupakan salah seorang kawan rapatnya sewaktu di  tingkatan lima dahulu. Leela seorang pengawas sekolah yang agak tegas tetapi amat cantik. Ramai berpendapat bahawa Leela mempunyai wajah seiras aktres Bollywood terkenal, Rani Mukherjee kerana tubuhnya tinggi lampai dan berkulit putih, berbeza dengan pelajar – pelajar kaum India yang lain.

“Aku baru je habis belajar. Tunggu nak graduate je la. Mie, sini jap.” Balas Farish sambil memanggil Hizami yang dari tadi asyik menonton berita di kaca televisyen klinik. Tiada respon. “Mie, wei!” Hizami tersentak mendengar panggilan tersebut. Dia melihat ke arah Farish lalu bangkit. “Ape hal?” soalnya.

“Ko kenal lagi tak Rani Mukherjee versi Malaysia ni?”Soal Farish sambil ketawa kecil. “Ish, kau ni Farish. Tak ubah macam sekolah dulu.”  Balas Leela, sambil menulis di atas sekeping kad. “Lah, dia ni? Ko ni Farish, aku selalu sangat la jumpe die. Tiap – tiap pagi aku pegi pasar ngan ayah aku, aku selalu la nampak die kat gerai jual sayur. Tiap – tiap kali aku jumpe die la aku selalu usik die. sergah die dari belakang.” Jawab Hizami sambil ketawa. Farish termalu sendiri. Dia sedikit terlupa yang Hizami masih tinggal di sini.

“Ehm… Ehm… ye la… ye la… Hah, ni berapa semua ni?” Farish cuba melindungi rasa malunya dengan mengalih topic. Hizami yang menyedari perbuatan Fairsh tersenyum menahan ketawa. “Oke, semuanye dua pulih lima ringgit je. Adik kau keracunan makanan ke?” soal Leela sambil memandang adik Farish kemudian tersenyum.

“Hmmm… macam aku ngan Aman dulu. Makan nasik lemak kat kedai dekat ngan sekolah tu. Pas tu sakit perut.” Jawab Farish sambil mengusap – ngusap rambut adiknya. Leela hanya tersenyum melihat adik Farish yang tersipu – sipu malu menyorok di belakang Farish. “Hmmm… tak ubah macam abang die.” Perli Leela sambil ketawa kecil.

No comments:

Post a Comment